Saham pada awal pagi hari Rabu terus berada dalam keadaan ‘merah’, didorong oleh komen Powell yang telah mengangkat kedudukan USD naik ke paras tertinggi 5 minggu lalu, sekali gus mengakibatkan sell-off berterusan aset-aset berisiko.

Semalam, Pengerusi Fed Jerome Powell berkata data ekonomi yang kukuh telah memabhkan keyakinan beliau untuk melihat peningkatan kadar inflasi bergerak lebih cepat ke arah sasaran 2% bank pusat.

Bagi menghalang daripada berlakunya lonjakan inflasi secara tiba-tiba, bank pusat perlu bertindak mengurangkan ransangan yang ada di dalam ekonomi dengan memperkenalkan pengetatan kadar faedah yang lebih kerap.

Pendirian Powell ini dilihat berbeza dengan pendekatan Janet Yellen yang sentiasa berhati-hati dalam menyatakan pandangan beliau serta sering memperingatkan potensi untuk Fed perlahankan kadar pengetatan mereka.

Ucapan Powell di dalam Kongres semalam turut memberi tekanan kepada komoditi dan saham berikutan jangkaan kadar faedah akan meningkat lebih tinggi.

Apa yang menjadi kebimbangan pasaran adalah gabungan antara pengetatan dasar dan laporan makro ekonomi AS yang mengecewakan. Namun begitu, data ekonomi China dan Jepun yang meleset berjaya mempengaruhi sentimen pengukuhan USD.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kini berada sekitara 90.45 pada jam 8.50 malam, naik 0.16%

The post Hawkish Powell Menekan Pasaran Saham & Mengukuhkan USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!