Prestasi matawang CAD antara yang terlemah sejak hari Jumaat lalu. CAD juga lemah berbanding USD untuk 6 hari berturut-turut.

Selain daripada pengukuhan dollar AS, lonjakan USD/CAD turut didorong oleh kelemahan data-data ekonomi Kanada yang dapat menyokong sentimen menerusi fundamental.

Tekanan harga di Kanada melalui bacaan indeks CPI dijangka akan kekal lemah didorong oleh keadaan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan selepas data jualan runcit yang dikeluarkan pada hari Khamis meleset berbanding jangkaan.

Ahli ekonomi meramalkan penurunan inflasi harga pengguna pada bulan Disember kepada 0.5%, susut 0.1% berbanding bacaan bulan sebelumnya.

Penganalsis daripada TD Sekuriti berkata data jualan runcit yang negatif telah menyebabkan jangkaan rate hike pada tahun 2018 berbaki dua kali dengan peningkatan kadar pertama mungkin akan dilaksanakan pada akhir bulan Julai.

USD/CAD kini meningkat 0.11% kepada 1.2718 setakat jam 12.30 tengahhari, merekodkan peningkatan sekitar 270 pips daripada paras terendah sejak enam hari yang lalu.

The post Inflasi CPI Akan Buktikan Kadar Pertumbuhan Ekonomi Kanada appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!