Fed meneruskan pengetatan dasar kewangan apabila menaikkan kadar faedah buat kali keenam sejak Disember 2015.

Kini tumpuan pasaran beralihr kepada keputusan mesyuarat dasar kewangan Bank Pusat England (BOE) yang akan dikeluarkan pada jam 8.00 malam.

Walaupun tiada sebarang peningkatan kadar faedah dijangka, namun sebarang perubahan terhadap jumlah pembelian aset di masa hadapan akan memberi petunjuk yang baru kepada pelabur berkenaan tempoh rate hike yang akan dilaksanakan oleh bank pusat.

Data pendapatan yang melonjak naik telah mengukuhkan jangkaan bahawa BOE akan mula menaikkan kadar faedah seawal bulan May hadapan.

Kelemahan USD pada hari Rabu telah menyebabkan pasangan matawang GBP/USD ditutup tinggi, meningkat hampir 150 pips atau 1.03% kepada 1.4142.

Kini GBP/USD masih didagang tinggi sekitar harga 1.4157, naik 0.11% pada jam 7.30 malam.

The post Keputusan Kadar BOE Jadi Tumpuan Pasaran Selepas FOMC appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!