Kerajaan AS kini telah ditutup hampir 19 jam setakat jam 7.50 pagi hari Ahad selepas rangka bajet kerajaan AS gagal mendapat kelulusan di Senat dengan undian 50 berbalas 49.

Berapa lamakah tempoh penutupan?

Perkara ini tidak dapat dijangkakan, namun berdasarkan laporan CNN, kemungkinan undian untuk membuka semula kerajaan bersama parti Demokrat akan diadakan pada hari ini.

Walau bagaimanapun keputusan masih belum jelas sama ada mereka akan memberi undian atau sebaliknya. Senator John Kennedy menyifatkan perbuatan tidak meluluskan pembukaan semula kerajaan adalah satu bentuk ‘kebodohan’ kerana hal ini memberi kesan kepada 320 juta rakyat Amerika.

Mengulas isu ini, senator Republik, Susan Collins tidak memberi sebarang jangkaan namun hanya mengharapkan supaya kerajaan dapat dibuka semula pada hari esok.

Kesan Government Shutdown?

  • 700 ribu imigran tanpa dokumen di bahawa program Deferred Action for Childhood Arrivals yang masih belum mempunyai tempat tinggal tetap sehingga 5 Mac depan.
  • 9 juta kanak-kanak di bahawa insurans Kesihatan
  • 1.3 juta tentera yang masih aktif berpotensi tidak mendapat sebarang elaun
  • Pada tahun 2013, 850 ribu kakitangan kerajaan tidak perlu hadir bekerja
  • 1.87 kakitangan kerajaan yang dikecualikan daripada cuti seperti pemeriksa keselamatan makana, pegawai peronda, pengawal penjara persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan
  • Sehingga 417 taman negara terpaksa ditutup
  • 19 buah museum ditutup

Perkara ini secara keseluruhan akan memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi, dan sekiranya penutupan kerajaan ini berlanjutan lebih lama, USD dijangka akan terus melemah berbanding matawang utama yang lain sepanjang minggu hadapan.

The post Kesan ‘Government Shutdown’ Kepada Ekonomi AS appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!