Data yang lemah dan ulasan berhati-hati daripada ECB telah menyebabkan matawang Euro gagal pertahankan peningkatan pada minggu lepas.

Walau bagaimanapun, kejatuhan juga terhad didorong oleh kenyataan positif daripada Draghi dan ahli ECB, Nowotony.

Permintaan USD akan terus memberi impak kepada EUR/USD berbanding data-data Zon Eropah berikutan hanya tinjauan keyakinan peniaga ZEW Jerman menjadi laporan penting dalam kalendar ekonomi Eropah sepanjang minggu ini.

Pound Sterling pula menjadi matawang paling bertahan apabila GBP/USD tutup di paras 1.4236, berjaya mengekalkan peningkatan tanpa sebarang pullback sejak enam hari dagangan yang lalu.

Kesibukan kalendar ekonomi UK pada minggu ini bakal menentukan pergerakan pound sama ada untuk meneruskan kenaikan atau sebaliknya.

Ahli MPC Bank Pusat England (BOE) masih kekal dengan pendirian hawkish dan sebahagian penganalisis berpandangan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah mereka tidak lama lagi.

Walaupun data-data minggu lepas belum dapat memberi sokongan terhadap pandangan ini, namun pengukuhan enam hari GBP mungkin akan memberi kesan kepada keputusan dasar akan datang.

Oleh itu, jika laporan pada minggu menunjukkan perkembangan yang lebih baik, bacaan ini dapat mengukuhkan lagi optimis bank pusat dan meningkatkan nilai pound sterling.

The post Kesibukan Data Minggu Ini Menjadi Penggerak Matawang EUR & GBP appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!