Menurut data pertukaran Reuters pada hari Ahad lalu, pelabur asing telah menjual bersih 4.01 billion riyals atau sekitar $ 1.07 billion USD saham Saudi pada 18 Oktober minggu lepas.

Penurunan tersebut merupakan selloff saham terbesar Saudi sejak dibuka kepada pelaburan asing pada pertengahan tahun 2015.

Penjualan tanpa henti saham berlangsung selama seminggu apabila para pelabur mula bimbang dengan hubungan Arab Saudi dengan pemerintah asing selepas spekulasi kehilangan wartawan Jamal Khashoggi semakin memuncak.

Selepas menafikan kehilangan Khashoggi selama dua minggu, akhirnya pada hari Sabtu lalu, kerajaan Saudi mengesahkan bahawa Khashoggi mati dalam pertelingkahan di konsulat Saudi di Istanbul.

Perbezaan daripada data pertukaran menunjukkan pelabur asing telah menjual saham bernilai 5 billion riyals sementara pembelian saham pula berada sekitar 991.3 juta riyals.

Penganalisis melihat pasaran kini sedang memasukkan harga menggunakan asas perbezaan hubungan antara Arab Saudi dan AS.

AS dijangka terus mengekalkan Arab Saudi sebagai sekutu rapat mereka berikutan Saudi merupakan pemegang 10% pengeluaran daripada keseluruhan bekalan minyak dunia.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin pada hari Ahad berkata alasan Arab Saudi tentang pembunuhan Jamal Khashoggi adalah langkah pertama yang baik, namun belum mencukupi.

Oleh itu, kata Mnuchin, “Perbincangan bagi mengenakan sekatan ke atas Riyadh atas kejadian tersebut masih belum tiba waktunya”.

Kenyataan Mnuchin di atas merupakan reaksi terkini daripada Amerika Syarikat selepas Presiden Trump berkata akan menghukum pembunuh yang telah mencetus kemarahan global disamping akan melindungi hubungan dengan pengeksport minyak utama dunia.

Saham Saudi telah jatuh 4 peratus sejak kehilangan Khashoggi pada 2 Oktober lalu. Pasaran saham juga telah lemah sebelum insiden tersebut selepas MSCI mengumumkan pada bulan Jun akan memasukkan Saudi ke dalam benchmark pasaran global negara membangun pada tahun hadapan.

The post Kontroversi Kematian Jamal Khashoggi, $ 1.1 Billion USD Saham Saudi Dijual appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!