Bulan Ogos adalah bulan yang sentiasa menjadi kebimbangan pelabur sama ada untuk keluar daripada pasaran atau bersedia berhadapan dengan pergerakan diluar jangkaan.

Hanya dalam tempoh 10 hari dagangan, kecairan yang rendah berikutan percutian musim panas di Eropah dan US telah membawa indeks USD naik mencecah paras tertinggi tahunan serta menghambat jatuh EUR/USD ke paras terendah Julai 2017 yang lalu.

Tambahan pula, krisis yang sedang melanda Turki akibat sekatan daripada AS telah menyebabkan matawang lira (TYR) susut lebih 15.38% atau lebih 850 pips berbanding greenback dalam tempoh sehari, merekodkan kejatuhan terburuk sejak krisis kewangan 2001 yang lalu.

Antara yang terkesan dengan kejatuhan nilai TYR adalah Kesatuan Eropah. Hal ini kerana, Bank Pusat Eropah (ECB) bimbang dengan pendedahan pelaburan bank-bank mereka di dalam syarikat-syarikat negara Turki.

Jika ekonomi Turki jatuh, lebih banyak pendatang asing akan berpindah ke Eropah dan hal ini menyebabkan negara Turki dilihat sebagai ancaman kepada ekonomi dan politik mereka.

Ditambah dengan kecairan yang rendah pada bulan Ogos, masalah yang sedang dihadapi oleh negara-negara membangun bukan sahaja akan memberi impak negatif kepada ekonomi serantau, namun akan merebak sehingga ke peringkat global.

Tanpa sokongan data yang kuat pada minggu lalu, kelemahan matawang euro sejak awal suku tahun kedua turut membuka peluang kepada seller EUR/USD menguji beberapa paras support yang baru.

Dengan penembusan buat pertama kali melebihi paras support psikologi 1.5000, kekuatan momentum bearish telah menekan pasangan matawang ini  jatuh 117 pips atau -1.01%, tutup di paras 1.1411 pada hari Jumaat yang lalu.

Secara teknikal dan fundemental, euro masih terdedah dengan risiko untuk jatuh. Data GDP Q2, CPI dan tinjauan ZEW menjadi fokus pelabur Eropah pada minggu ini.

The post Krisis Di Turki Tapi EU Yang Terasa, Ini Sebabnya! appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!