Jualan Runcit Kanada bagi bulan Julai akan diterbitkan pada jam 8.30 malam nanti. Pasaran menjangkakan data mungkin bakal meningkat kepada 0.4% selepas kejatuhan pada bulan sebelumnya akibat daripada kenaikan harga pengguna disebabkan oleh harga minyak petrol yang semakin mahal. Jualan Runcit tidak termasuk kenderaan turut dijangkakan meningkat kepada 0.6%.

Kenaikan harga pengguna ini dapat dilihat daripada data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang diterbitkan pada bulan lalu bagi bulan Julai apabila ianya meningkat kepada 0.5%. Data Core CPI oleh BOC turut akan diterbitkan pada masa yang sama malam ini, ianya lebih sensitif berbanding CPI yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Kanada.

BOC menjangkakan Teras Indeks Harga Pengguna (Core CPI) bulanan merosot kepada -0.1% berbanding 0.2% manakala Core CPI tahunan pula jatuh kepada 1.4% berbanding bulan sebelumnya iaitu pada paras 1.6%. CPI Tahunan pula dijangka sedikit menurun kepada 2.8%, namun selagi angka di berada di atas paras 2.5% ia adalah petanda yang baik bagi perkembangan ekonomi Kanada.

Terbitan kedua-dua data Jualan Runcit dan CPI pada malam ini adalah penting bagi menentukan ke mana arah yang bakal dituju oleh BOC menjelang Oktober nanti, di mana pasaran menjangkakan Bank Pusat Kanada ini akan menaikkan kadar faedah mereka buat kali ketiga pada tahun ini. Kali terakhir BOC menaikkan kadar faedah mereka adalah pada bulan Julai daripada 1.25% kepada 1.50%.

Seiring pandangan hadapan BOC yang meletakkan sasaran inflasi untuk berada pada paras 2-3% pada tahun 2018 sehingga 2020 memerlukan kepada peningkatan kadar faedah secara berperingkat. Risiko kegagalan rundingan NAFTA, perang perdagangan dan kenaikan harga minyak global bakal mempengaruhi iklim ekonomi Kanada secara langsung.

Sebarang data yang baik pada malam nanti sudah tentu akan memberi kekuatan tambahan kepada Loonie berbanding Dolar AS untuk kembali menguji paras ‘support’ di 1.28900 dan memungkinkan ianya ditembusi. Walaubagaimanapun, jika data yang dikeluarkan pada malam nanti sebaliknya Dolar Kanada akan kembali ditekan.

The post Malam Penting Bagi CAD, BOC Sedang Memerhati! appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!