Pasangan matawang GBP/USD kini melonjak naik hampir 90 pips pada sesi pasaran Eropah hari Isnin, melepasi paras rintangan signifikan $ 1.4000 menjelang summit EU pada minggu ini.

Sterling telah melonjak naik untuk dua minggu berturut-turut berbanding dollar walaupun jangkaan potensi rate hike BOE pada bulan May semakin menurun.

Hal ini didorong oleh pemulihan sentimen pound apabila perunding Brexit daripada EU telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama pegawai dan diplomat yang terlibat bagi membincangkan lebih lanjut tentang spekulasi yang mengatakan bahawa London akan menerima perjanjian peralihan selepas Brexit sebelum Summit Brexit EU pada 22-23 Mac dijalankan.

Bagi matawang USD pula, walaupun hasil bon 2 tahun telah meningkat ke paras tertinggi 10 tahun yang lalu, namun sentimen greenback kekal lemah, menutup semula keuntungan hari ini dan didagang mendatar berbanding matawang lain menjelang keputusan FOMC awal pagi Khamis.

Keputusan FOMC dan dasar BOE akan menjadi penentu kepada pergerakan pasaran secara keseluruhan. Namun, fokus kepada peluang dagangan dalam jangka masa terdekat kini tertumpu kepada perkembangan laporan Brexit dan laporan inflasi UK.

Berikut merupakan perubahan pound berbanding matawang utama yang lain setakat jam 7.00 petang:

The post Mesyuarat Tergempar EU Punca Lonjakan 90 Pips GBP/USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!