Sebahagian penganalisis pasaran melihat jika OPEC menghentikan had pengeluaran minyak pada akhir tahun ini, harga minyak dijangka akan menyusut secara beransur-ansur pada tahun hadapan dan Brent diramal akan jatuh kepada $ 55 per tong.

Ahli ekonomi daripada Kapital Ekonomi, Thomas Pughs menulis kepada pelanggan beliau, “Terdapat risiko besar bahawa OPEC tidak akan memberi petunjuk yang jelas berkenaan tindakan yang akan diambil terhadap pengeluaran mereka tahun hadapan menjelang mesyuarat yang terdekat. Dan hal ini akan menyebabkan kejatuhan harga lebih cepat dan dalam daripada apa yang telah kita jangkakan”.

Perjanjian had pengeluaran antara OPEC dan Rusia sejak November 2016 yang bertujuan mengurangkan lebihan bekalan dan mengangkat semula harga pasaran, bakal tamat pada akhir tahun 2018. Harga minyak Brent yang menjadi ukuran harga antarabangsa telah naik ke paras $ 71 per tong pada bulan Januari.

Harga yang tinggi kebiasaannya akan meningkatkan output daripada ahli non-OPEC seperti pengeluar minyak Shale, Amerika Syarikat. Oleh itu jika had pengeluaran diteruskan hal ini bermaksud OPEC akan kehilangan lebih banyak hasil keuntungan jadi tindakan untuk hentikan pemotongan dilihat lebih menarik untuk dilaksanakan oleh mereka.

Keadaan ini telah menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran komoditi hitam yang telah memberi tekanan kepada harga menjelang pertemuan OPEC tidak lama lagi.

Pughs menjelaskan bahawa sekiranya harga jatuh mendadak, ahli-ahli OEPC dijangka akan mengeluarkan kenyataan yang hawkish seperti memberi petunjuk akan berlakunya lanjutan pemotongan bekalan supaya dapat mengukuhkan semula sentimen para pelabur.

The post Pasaran Minyak 2019 Terdedah Dengan Risiko Lebihan Bekalan appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!