Minyak kembali mendaki di awal pembukaan pasaran AS hari Khamis selepas di tekan oleh pemulihan dollar sejak penutupan pasaran semalam.

Sentimen dollar mengukuh selepas laporan minit FOMC yang terkini berhasil meningkatkan jangkaan bahawa Fed akan mula menaikkan kadar faedah pada pertemuan bulan Mac depan.

Walau bagaimanapun, kedudukan indeks USD tidak dapat pertahankan kedudukan di atas 90.0 apabila menyusut 0.36% kepada 89.71 setakat jam 11.00 malam.

Pullback dollar telah memberi kekuatan kepada pasaran minyak untuk naik dan keluar daripada paras terendah mingguan.

Pasaran hadapan minyak WTI di NYMEX meningkat 0.46% kepada $ 61.95, manakala minyak Brent yang menjadi indikator minyak antarabangsa naik 0.37% kepada $ 65.66.

Laporan bekalan minyak API yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu menunjukkan penyusutan sebanyak 907 ribu tong kepada 420.3 juta tong pada minggu lepas.

Penganalisis mengatakan bahawa kebiasaanya bekalan akan meningkat pada awal tahun, berikutan kebanyakkan kilang penapisan akan menjalankan penyelenggaraan, namun disebabkan oleh ganguan sistem saluran paip Kanada telah mengurangkan import minyak AS dan menurunkan jumlah bekalan sedia ada.

Fokus pelabur komoditi hitam kini tertumpu kepada bacaan bekalan rasmi yang akan dikeluarkan oleh U.S. Energy Information Administration (EIA) pada jam 12.00 pagi

The post Pasaran Minyak Kembali Pulih Menjelang Laporan Bekalan EIA appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!