Beberapa data yang menjadi kunci kepada pergerakan pasaran akan dikeluarkan oleh AS pada hari ini. Laporan Indeks Perbelanjaan Pengguna Teras (PCE) yang dikeluarkan pada hari pertama bulan Mac akan menjadi indikator inflasi terawal pada minggu ini.

Selain itu, penampilan pengerusi Fed, Jerome Powell untuk kali kedua minggu ini juga akan menguasai sentimen pergerakan matawang seperti yang berlaku pada hari Selasa yang lalu.

Para pelabur dijangka akan mendapat pengesahan lebih lanjut melalui keterangan Powell di hadapan ahli panel Senat pada jam 11.00 malam nanti.

Pada hari Selasa yang lepas, Powell telah mengeluarkan pandangan yang lebih hawkish terhadap perkembangan ekonomi dan inflasi sehingga menolak hasil bon dan USD naik ke paras tertinggi serta melenyapkan keuntungan emas bulan Januari.

Testimoni kedua Powell pada hari dilihat akan menjadi pendorong utama pergerakan USD selepas data-data penting seperti inflasi, pekerjaan, pembuatan dan perbelanjaan pengguna.

Indeks PCE bagi bulan Januari yang menjadi indikator penting kepada bank pusat (Fed) dalam menetapkan keputusan dasar, dijangka kekal pada paras 1.5%.

Laporan ini menjadi fokus utama berikutan jangkaan melihat empat kali rate hike pada tahun ini semakin meningkat.

Selain itu, bacaan PMI Pembuatan ISM bulan Februari pula diramalkan selari dengan bacaan bulan Januari, sekitar 59 mata.

Angka tuntutan pengangguran pada minggu lepas pula dijangka meningkat sebanyak 4,000 kepada 222,000

Data perbelanjaan pengguna bulan Januari yang mewakili hampir dua per tiga aktiviti ekonomi AS dijangka meningkat kepada 0.2%, namun lebih perlahan berbanding 0.4% pada bulan Disember.

Kemudian pada jam 3.00 pagi akan dikeluarkan Beige Book Fed yang melaporkan bukti prestasi semasa ekonomi AS di dalam 12 negeri selepas minit FOMC mengeluarkan nada yang lebih hawkish.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback naik 0.06% kepada 90.66 setakat jam 12.50 tengahhari.

The post Penampilan Kedua Powell Akan Mengesahkan Kedudukan USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!