Rabu, perningkatan Dolar AS dari kejatuhan terburuk sejak 3 tahun yang berlaku pada minggu lepas telah melemahkan harga minyak .

Penurunan ini juga disebabkan oleh jangkaan pasaran yang menjangkakan penambahan dari pengeluaran minyak AS .

Pada penutupan pasaran semalam , niagaan hadapan minyak mentah WTI ( West Texas Intermediate ) mencatatkan kejatuhan 0.8% atau 47sen dengan harga dagangan $ 61.32.

Sementara itu dagangan hadapan Brent pula mencatatkan kejatuhan 39sen bersamaan 0.6% dengan penutupan pada harga $ 64.86.

Penganalisa komoditi teknikal Reuters , Wang Tao berkata Brent boleh mencatatkan kejatuhan ke paras $ 63.92 – $ 64.41 setong mengikut dari corak pasaran.

Para peserta pasaran berkata penurunan ini didorong oleh pemulihan Dolar yang berpotensi meningkatkan permintaan bahan api kerana pasaran import minyak dalam Dolar lebih menguntungkan.

Data mingguan untuk pengeluaran minyak AS akan dikeluarkan pada hari Khamis oleh EIA satu hari lewat disebabkan oleh cuti hari Presiden pada Isnin.

Data itu juga data dari inventori AS dimana ia dijangkakan menunjukkan stok minyak minyak AS meningkat 1.3Juta tong hingga 16Feb. sementara itu dijangkakan produk minyak termasuk petrol dijangka merosot .

Walaupun pengeluaran AS meningkat , keseluruhan pasaran minyak berada didalam keadaan positif disokong kuat oleh permintaan dan bekalan yang baik oleh OPEC didalam proses mengawal lebihan inventori dunia.

 

The post Peningkatan Dolar AS Terus Menekan Harga Minyak . appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!