Berlatarkan perkembangan pasaran US sepanjang bulan ini, kejatuhan berterusan dollar dilihat akan mempengaruhi pandangan dasar Fed dalam pertemuan FOMC minggu ini.

Walaupun para pelabur tidak menjangkakan sebarang perubahan pada kadar faedah dalam mesyuarat bulan Januari esok, namun mereka tetap akan mencari petunjuk-petunjuk yang baru berkenaan bilangan rate hike yang akan dilaksanakan oleh bank pusat tahun ini.

Selain daripada kejatuhan dolar, komen daripada Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin yang mengalu-alukan trend bearish USD turut akan mempengaruhi pandangan dan keputusan setiap pembuat dasar Fed kali ini.

Pada tahun lepas, matawang AS mengalami penurunan tertinggi sejak tahun 2003, dan momentum tersebut diteruskan pada awal tahun 2018.

Hal ini walau bagaimanapun mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap risiko kadar inflasi yang masih berada di bawah sasaran bank pusat berikutan penyusutan nilai matawang dan pemotongan cukai yang dilaksanakan dijangka akan menaikkan paras harga pengguna.

Namun begitu, lonjakan inflasi yang disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang adalah sesuatu yang negatif berdasarkan pandangan ekonomi dan Fed memerlukan pertumbuhan dalam pendapatan, bukannya peningkatan kos sara hidup.

Lisa Shalett, Ketua Strategi Pelaburan & Portfolio Morgan Stanley berkata, “Sementara kelemahan dolar akan meningkatkan momentum ekonomi, ia juga boleh menyebabkan inflasi dan memaksa hasil bon naik lebih tinggi, yang mana memberi masalah kepada pasaran saham”.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.22 kepada 88.97 pada jam 12.15 tengah malam

The post Penyusutan Nilai USD Tingkatkan Risiko Dalam Ekonomi appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!