Jumaat , harga minyak mentah terus meningkat untuk hari ketiga berturut-turut apabila Negara-negara OPEC dan pengeluar lain termasuk Rusia menunjukkan komitment yang tinggi dengan mematuhi  pengawalan pengeluaran bagi mengimbangi kebimbangan tentang perningkatan pengeluaran oleh AS .

Penanda aras global untuk minyak mentah, dagangan hadapan Brent meningkat 19sen bersamaan 0.3% didagangkan pada harga $ 69.84 setong.

Manakala West Texas Intermediate ( WTI ) US pula mencatatkan kenaikkan 28sen atau 0.4% dengan dagangan $ 66.08 setong.

Menurut satu kajian dari Reuters , pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum ( OPEC ) meningkat pada bulan Januari dari hasil pengeluaran oleh Negeria dan Arab Saudi bagi mengimbangi kekurangan pengeluaran oleh Venezuela bagi menyokong perjanjian pemotongan pengeluaran.

OPEC menghasilkan 32.4 juta tong sehari pada bulan Januari, melangkaui 100,000 tong sehari yang dikeluarkan pada bulan Disember.

Walaupun mematuhi perjanjian yang sedang berjalan, bekalan minyak tetap meningkat kepada 138% dari 137% yang dicatatkan pada bulan Disember. Kajian yang dijalankan juga menunjukan bahawa komitmen terhadap perjanjian tersebut juga tidak berubah walaupun harga minyak sudah mencecah paras tertinggi dari tahun 2014.

The post Perjanjian Pemotongan Bekalan Oleh OPEC Terus Mengukuhkan Harga Minyak appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!