USD sebelum ini ditekan jatuh berikutan risk appetite pelabur telah bertambah baik selepas serangan peluru berpandu AS ke atas Syria hujung minggu lepas tidak menyebabkan sebarang konflik yang berpanjangan.

Walau bagaimanapun, sektor perumahan AS memaparkan perkembangan yang lebih positif berbanding jangkaan apabila permit pembangunan bulan Mac meningkat kepada 1.354 juta, lebih berbanding jangkaan yang melihat peningkatan 1.33 juta.

Selain itu, unit rumah baru (housing start) bulan Mac pula meningkat sebanyak 1.319 juta, melebihi jangkaan 1.27 juta. Pengeluaran Industri bulan Mac juga menunjukkan bacaan yang lebih baik, meningkat pada kadar 0.5% dan bacaan yang dikaji semula naik 1.0%.

Keseluruhan data ekonomi AS malam ini berjaya memulihkan sentimen dollar dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.18% kepada 89.30 setakat jam 9.30 malam.

Walau bagaimanapun, para pelabur masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan konflik perdagangan antara China dan AS selepas Trump melalui laman Twitter mendakwa campur tangan Rusia dan China untuk menurunkan nilai matawang negara masing-masing.

The post Perkembangan Positif Sektor Perumahan AS Pulihkan Sentimen USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!