Tanpa penggerak data ekonomi utama AS pada hari Selasa, para pelabur dijangka akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan sektor teknologi terutamanya saham Facebook yang jatuh hampir 7% pada sesi yang lalu berikutan kawal selia ke atas platform media sosial yang semakin ketat.

Facebook walau bagaimanapun bertindak pantas mengurangkan kebimbangan pelabur dengan mengupah sebuah firma untuk menjalankan audit yang komprehensif ke atas Cambridge Analytica. Syarikat tersebut didakwa telah memperoleh data daripada 50 juta pengguna Facebook untuk mempengaruhi pilihan raya AS 2016.

Bimbang dengan isu regulasi yang lebih ketat turut menjatuhkan saham Google, Twitter dan Snap Inc.

Selain itu, Presiden AS Donald Trump pada hari Isnin telah mengumumkan pelan bagi menangani krisi opiod (sejenis dadah perubatan) yang memasukkan sokongan ke atas penyelidikan vaksin kepada penagih opioid.

Perkara ini berjaya mengalihkan tumpuan pasaran daripada ‘twitter’ Trump selepas beberapa siri tuduhan ke atas penguam khas Robert Mueller berikutan penyiasatan terakhir ke atas perhubungan antara Rusia dan kempen presiden Trump 2016 dipergiatkan.

Keseluruhan saham AS menyusut pada sesi NY yang lalu dan indeks saham Dow merekodkan kejatuhan paling buruk selepas turun lebih 300 mata atau 1.35%.

The post Perkembangan Sektor Teknologi AS & Trump Fokus Pasaran Hari Ini appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!