Dolar pulih pada hari Selasa dan didagang di atas paras terendah tiga tahun lalu selepas indeks ini jatuh mendadak pada minggu lalu. Pengukuhan dolar disokong oleh peningkatan hasil bon US menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis bagi mencari petunjuk baru dalam penetapan dasar yang diputuskan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.16% kepada 89.31 setakat jam 2.27 petang, keluar daripada paras terendah Disember 2014 yang lalu (88.43).

Pada hari Isnin yang lepas, hasil bon 10-tahun US merekodkan peningkatan tertinggi sejak April 2014, naik 2.727%. Hal ini sekali gus memperkuatkan daya tarikan terhadap hasil bon dollar.

Pada hari ini, fokus pelabur akan beralih kepada ucapan ‘State of Union’ Presiden Donald Trump. Trump pada hari Isnin yang lalu mengutarakan cadangan beliau untuk membaik pulih sistem imigresen dan usaha beliau untuk mengurangkan halangan perdagangan yang ada di seluruh dunia bagi perkembangan eksport Amerika.

Federal Reserve pula dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras yang sama selepas mesyuarat dua hari yang bermula malam ini.

Walau bagaimanapun, para pelabur tetap akan memberi tumpuan kepada penilaian ekonomi dan inflasi oleh bank pusat bagi mencari petunjuk kepada pandangan dasar kewangan mereka di masa hadapan.

The post Permintaan Hasil Bon US Meningkat Menjelang FOMC appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!