UK merekodkan peningkatan indeks PMI Perkhidmatan paling tinggi dalam tempoh 4 bulan selepas bacaan terkini bulan Februari naik melebihi jangkaan kepada 54.5, juga lebih tinggi berbanding bacaan 53.0 pada bulan Januari.

Pengukuhan berterusan sektor perkhidmatan didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang stabil serta peningkatan bilangan pekerjaan baru.

Angka pertumbuhan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan pound (GBP) dengan GBP/USD naik ke paras tertinggi harian sekitar harga 1.3832

Pasaran kini masih diselubungi kebimbangan tetang kemungkinan berlakunya perang perdagangan antara AS dan negara maju yang lain selepas Trump memperkenalkan tarif kepada barangan import besi keluli dan aluminium yang merupakan hasil keluaran utama negara Eropah dan Kanada.

Walau bagaimanapun, rundingan NAFTA yang sedang berlansung telah mengalihkan fokus pasaran kepada perkembangan ekonomi di Eropah dan Kanada, sekali gus memulihkan kelemahan pada sentimen USD.

Selain itu, kebimbangan terhadap perkembangan Brexit turut menyukarkan pound untuk melonjak ke paras yang lebih tinggi berbanding matawang lain.

GBP/USD didagang sekitar 1.3815 pada jam 10.50 malam, kekal dengan peningkatan 0.11% daripada pembukaan harga pasaran hari Isnin.

The post PMI Perkhidmatan UK Rekod Peningkatan Tertinggi Sejak appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!