Dollar kembali pulih dengan sokongan peningkatan hasil bon serta penyusutan saham ekuiti AS.

Kedua-dua faktor diatas telah mengukuhkan permintaan USD berbanding sterling (GBP) sehingga memaksa GBP/USD berundur sekitar 35-40 pips daripada paras tertinggi 1.4078

Walau bagaimanapun, data PMI ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat bagi bulan Mac yang dikeluarkan pada jam 10.00 malam kembali memberi tekanan kepada dollar berikutan bacaan yang meleset.

Indeks PMI ISM yang dikeluarkan hanya meningkat ke paras 59.3, lebih rendah berbanding jangkaan 60.1 dan juga bacaan bulan Februari yang lalu di paras 60.8

Selain itu, pendedahan risiko matawang GBP yang rendah pada hari Isnin berikutan pasaran Eropah dan UK masih ditutup sempena perayaan hari Easter telah meningkatkan permintaan terhadap pound sterling untuk tempoh masa yang terdekat.

Secara keseluruhan, GBP memaparkan prestasi harian terbaik sepanjang hari Isnin, mengekalkan peningkatan berbanding kesemua matawang utama yang lain pada hari ini.

Berikut adalah perubahan GBP berbanding matawang utama setakat jam 10.50 malam:

The post Pound Sterling Ungguli Hari Pertama Suku Tahun Ke-2 2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!