Mesyuarat pertama FOMC tahun 2018 juga menjadi mesyuarat terakhir Janet Yellen sebagai pengerusi bank pusat. Pasaran tidak melihat sebarang perubahan pada kadar faedah yang bakal diumumkan namun Yellen berkemungkinan akan mengeluarkan nada yang lebih hawkish pada pertemuan kali ini.

Fed juga dijangka akan meningkatkan penilaian imbangan risiko dan inflasi dalam kenyataan FOMC yang akan dikeluarkan bersama-sama penetapan kadar faedah pada jam 3.00 pagi esok.

Walau bagaimanapun, sebahagian penganalisis melihat tiada kejutan akan dilakukan pada kenyataan rasmi mesyuarat kali ini.

Berdasarkan laporan pekerjaan bulan Disember, ekonomi Amerika telah menambah bilangan pekerjaan yang mencukupi dan berjaya mengekalkan kadar pengangguran di paras 4.1%

Jika dilihat kepada paras inflasi dalam tempoh 12 bulan, ianya terus bergerak di bawah sasaran 2% bank pusat dan bacaan teras CPI bulan Disember yang kukuh menunjukkan trend inflasi kini semakin menghampiri objektif pembuat dasar Fed.

Tanpa sebarang ulasan sidang media, ahli jawatankuasa yang terlibat dalam undian dijangka akan mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang dapat mempengaruhi pandangan dasar kewangan di masa hadapan.

Para pelabur ketika ini telah memasukkan harga (price in) hampir 93% terhadap jangkaan rate hike untuk bulan Mac, dan perubahan pada penilaian risiko dana dapat membantu USD mencapai jangkaan pasaran.
Namun begitu, sekiranya kenyataan FOMC kali ini tidak berubah atau hanya terdapat sedikit perubahan, USD dijangka akan terus jatuh ke paras yang lebih rendah.

Antara perubahan signifikan yang kita boleh lihat daripada kejatuhan dollar adalah peningkatan hasil bon 10-tahun US, dan juga saham S&P 500 yang akan mencatat rekod peningkatan baru.

The post Preview FOMC Januari 2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!