Sidang Media Bank Pusat Jepun (BOJ)

Bank Pusat Jeput dijangka akan mengekalkan kadar hasil bon 10-tahun di paras 0% dan kadar faedah -0.1% apabila mereka mengulas keputusan mesyuarat yang berlansung sejak hari Isnin yang lalu.

Selepas BOJ mengumumkan pengurangan pembelian bon pada awal Januari lalu, matawang safe-haven Yen mula ditekan berbanding greenback berikutan pelabur menjangkakan bank pusat akan turut mengumumkan pengurangan pelonggaran dasar kewangan mereka tidak lama lagi.

Jangkaan pasaran untuk dasar BOJ mula bergerak ke arah normalisasi mungkin terlalu hawkish. Sebahagian penganalisis mengatakan bahawa, Gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda dilihat akan menekankan kepentingan untuk mengurangkan program ransangan bank pusat secara beransur-ansur.

USD/JPY kini didagang pada paras 110.90, naik 0.20%

Bekalan Minyak AS Akan Menunjukkan Penurunan Yang Besar?

Momentum bullish mengusai semula pasaran minyak didorong oleh kenyataan Khalid Falih yang mengatakan kemungkinan OPEC dan Rusia akan melanjutkan usaha mengekang lebihan bekalan minyak melebihi tahun 2018 serta permintaan global yang tinggi.

Fokus pelabur tertumpu kepada bacaan bekalan minyak AS yang akan dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) dengan jangkaan bekalan menyusut 5.12 juta tong pada minggu yang berakhir 12 Januari lalu.

Harga minyak WTI kini didagang sekitar 63.91, naik 0.95% manakala Brent pula bergerak ke paras 69.23, naik 0.76%

The post Preview News Penting Bagi Yen: 23/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!