Sektor Pembinaan UK mendahului laporan utama yang menjadi perhatian pada hari Rabu. Sektor ini terus merekodkan prestasi terburuk berbanding industri-industri lain.

Bacaan indeks PMI bagi bulan Mac dijangka meningkat kepada paras 51.2 mata, namun lebih rendah berbanding bacaan 51.4 pada bulan Februari, didorong oleh pertumbuhan yang lemah sejak Januari yang lalu.

Zon Eropah pula akan mengeluarkan bacaan awal inflasi harga pengguna (CPI) bagi bulan Mac. Penganalisis melihat peningkatan ke paras 1.4% pada bacaan tahun ke tahun sehingga bulan Mac, melonjak daripada bacaan 1.1% bulan Februari yang telah dikaji semula.

Walau bagaimanapun, jangkaan kenaikan tersebut semakin rapuh berikutan laporan CPI Jerman pada minggu lalu meleset berbanding ramalan.

Perdebatan masih berlangsung antara Presiden Draghi yang dovish dengan ahli hawkish yang diketuai oleh calon pengganti beliau, Jens Weidmann.

Oleh itu tindakan ECB untuk menghentikan program pembelian bon mereka pada akhir tahun ini masih menjadi tanda tanya dan sangat bergantung kepada perkembangan inflasi.

Pasaran New York pula sibuk dengan beberapa laporan penting bermula dengan data ADP NFP bulan Mac yang meramalkan penambahan 205,000 pekerjaan ke dalam ekonomi AS.

Kemudian, pelabur akan meneliti bacaan PMI ISM Perkhidmatan (non-manufacturing) AS yang akan dikeluarkan pada jam 10 malam.

Laporan ini penting untuk diteliti berikutan sektor perkhidmatan merupakan bahagian terbesar ekonomi AS dan menjadi rujukan terakhir menjelang laporan NFP hari Jumaat.

Indeks bulan Mac dilihat bergerak lebih perlahan, memaparkan peningkatan sekitar 59.2 mata, lebih rendah berbanding bacaan 59.5 pada bulan Februari.

The post Preview News Penting Buat EUR & USD: 04/04/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!