Jerman CPI & Ulasan Draghi

Pada jam 3.00 petang, Jerman akan mengeluarkan bacaan indeks harga pengguna (CPI) bagi bulan Februari dengan jangkaan tekanan inflasi kekal di paras 0.5%. Angka ini kemudian akan dikemas kini ke dalam bacaan terakhir CPI Zon Eropah.

Kemudian diikuti ulasan Presiden ECB, Mario Draghi yang dijadualkan berucap di Institute for Monetary and Financial Stability pada jam 4.00 petang. Beliau dijangka akan menjelaskan lebih banyak mengenai isu-isu yang berkaitan dasar kewangan.

Jualan Runcit & Jualan Borong 

Menjelang penetapan kadar faedah Fed pada 21 Mac hadapan, para pelabur akan meneliti laporan jualan runcit dan inflasi jualan borong yang akan dikeluarkan bermula jam 8.30 malam bagi mencari petanda kepada kekuatan ekonomi AS.

Inflasi pada jualan borong yang diukur melalui indeks harga pengeluar (PPI) teras dijangka menyusut pada bulan Februari kepada 0.2%, lebih perlahan berbanding bacaan 0.4% bulan Januari.

Jangkaan penurunan pada inflasi ini dikeluarkan walaupun tinjauan terkini ISM menunjukkan kos input pembuatan meningkat pada kadar paling cepat sejak tujuh tahun lalu.

Kadar pertumbuhan jualan runcit pula diramalkan meningkat pada bulan Februari kepada 0.3%, selepas tiada kenaikkan direkodkan pada bulan sebelumnya.

Kedua-dua laporan di atas dilihat akan membantu memulihkan sentimen ekonomi AS, sekali gus mengukuhkan semula kedudukan greenback berbanding matawang utama lain selepas ditimpa tekanan akibat ketidaktentuan politik yang melanda.

The post Preview News Penting Buat EUR & USD: 14/03/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!