Harga Import Jerman

Harga Import barangan Jerman merupakan data makro terawal yang akan dikeluarkan pada hari Isnin minggu ini. Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam data harga pengguna Jerman.

Bacaan pertumbuhan harga import pada bulan November kekal di paras yang sama.

Namun, dengan pengukuhan matawang Euro bermula sejak pertengahan bulan Disember yang lalu, pasaran menjangkakan penurunan pada inflasi harga import di bulan Disember daripada 0.8% kepada 0.3% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM).

Dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) pula susut daripada 2.7% kepada 1.0%.

Indeks Harga PCE Teras

Bacaan inflasi ini dikeluarkan selepas data CPI Amerika tiga minggu lalu namun tetap menjadi perhatian Federal Reserve bagi mendapatkan data-data sokongan yang baru sebelum sebarang keputusan dasar ditetapkan.

Indeks PCE pada bulan Disember dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) dijangka kekal di paras 1.5%, selari dengan pertumbuhan di bulan sebelumnya yang naik daripada bacaan 1.4% di bulan Oktober.

Walau bagaimanapun, bacaan CPI bagi bulan Disember yang dikeluarkan 3 minggu lalu menunjukkan peningkatan daripada 1.7% kepada 1.8%. Jadi apakah PCE teras akan menunjukkan perubahan dan meningkat kepada 1.6%?

Sekiranya bacaan adalah lebih baik berbanding jangkaan, hal ini akan  menyokong Fed untuk meneruskan tiga kali rate hike yang ditetapkan untuk tahun 2018. Jika sebaliknya berlaku, pasaran akan kekal berada dalam ketidaktentuan.

The post Preview News Penting Buat EUR & USD: 29/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!