Inflasi Zon Eropah

Ahli ekonomi meramalkan bacaan terakhir inflasi harga pengguna (CPI) Zon Eropah pada bulan Disember kekal di paras 1.4%.

Inflasi kini bergerak ke arah sasaran bank pusat Eropah (ECB), dijangka menghampiri 2% dalam tempoh masa sederhana.

Sumber daripada Reuters melaporkan bahawa ECB mungkin tidak akan mengubah sebarang dasar kewangan dalam pertemuan mereka minggu hadapan.

EUR/USD didagang sekitar paras 1.2263, naik 0.62%

Buku Beige, Ulasan Fed & Data Sektor Industri

Penganalisis melihat pengeluaran industri meningkat 0.3% pada bulan Disember, bergerak lebih cepat berbanding pertumbuhhan bulan yang sebelumnya yang naik sekitar 0.2%.

Pasaran dijangka akan meneliti petunjuk berkenaan jalan yang akan di pilih oleh bank pusat dalam penetapan dasar mereka serta perkembanga semasa ekonomi menerusi laporan buku beige Federal Reserve hari ini. Buku ini merupakan sebuah laporan yang merumuskan keadaan dan aktiviti ekonomi AS daripada 12 buah negeri.

Kemudian akan disusuli dengan ucapan pegawai Fed, Evans, Kaplan dan Mester yang dilihat akan memberi maklumat tambahan mengenai pandanga Fed terhadap dasar yang akan ditetapkan. Sebelum ini, Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan menjangkakan tiga kali rate hike akan dilakukan pada tahun ini.

Dolar masih didagang di bawah paras terendah tiga tahun lalu dengan indeks USD susut -0.55% kepada 90.23

Keputusan Kadar Faedah Bank Pusat Kanada (BOC)

Pada tahun 2017 yang lalu, bank pusat Kanada telah menaikkan kadar sebanyak 2 kali dan hari ini BOC dijangka akan meneruskan rate hike kali buat kali ketiga kepada 1.25% didorong oleh data-data ekonomi yang positif.

Kemudian para pelabur akan meneliti ulasan yang akan dikeluarkan oleh BOC bagi mencari petunjuk kepada pandangan BOC terhadap dasar kewangan, samaada kekal atau akan terus diketatkan.

Ketidaktentuan perjanjian ‘North American Free Trade Agreement’ (NAFTA) telah menguasai pergerakan dolar Kanada (CAD) sejak minggu lepas, namun penganalisis tidak melihat faktor ini akan menjejaskan keputusan kadar faedah BOC yang akan dikeluarkan pada hari ini.

USD/CAD didagang sekitar 1.2437, susut -0.22%

The post Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 17/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!