1) Keputusan Kadar Faedah BoJ

Keputusan dasar kewangan Bank Pusat Jepun (BoJ) akan diterbitkan pada hari Jumaat. BoJ dijangka tidak akan keluar daripada program pelonggaran dasar dalam tempoh masa yang terdekat.

Angka inflasi terkini yang semakin perlahan telah mengurangkan harapan untuk melihat ransangan dimansuhkan pada fiskal tahun 2019.

Kadar faedah dijangka kekal pada paras -0.10% manakala kadar hasil bon 10-tahun dijangka berada di paras 0.00%

Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda juga dilihat akan mengelak daripada menjawab soalan mengenai penurunan pada pembelian bon sebelum ini.

2) CPI & Imbangan Perdagangan EU

Pada jam 5.00 petang, dua laporan penting bagi pedagangan Eropah akan diteliti. Bacaan terakhir inflasi pengguna EU yang diukur melalui indeks CPI (1.9%) dan CPI Teras (1.1%) bagi bulan Mei dijangka selari dengan bacaan yang dikeluarkan pada bulan April.

Eksport Jerman yang tinggi telah menjadi faktor utama kepada lebihan dagangan Kesatuan Eropah. Selepas lebihan naik 26.9 billion pada bulan Mac, angka ini dijangka mengecil di bulan April dengan lebihan sebanyak 14.2 billion.

3) Sentimen Pengguna Michigan & Data Pembuatan New York

Data sentimen pengguna dan pembuatan AS akan mengakhiri laporan utama pada hari Jumaat.

Bacaan awal indeks jangkaan pengguna Michigan bagi bulan Jun dilihat naik ke paras 89.7, manakala indeks sentimen pula naik daripada 98 kepada 98.5 mata.

Laporan indeks pembuatan New York bagi bulan Jun pula dijangka menurun daripada 20.10 kepada 19.10 mata.

Kesemua data AS diatas akan mengukuhkan lagi kenyataan pengerusi Fed, Jerome Powell yang mengatakan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik.

The post Preview News Penting Buat EUR, USD & JPY: 15/06/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!