Jepun merupakan salah satu negara yang bergantung kuat kepada industri pembuatan berikutan sektor ini adalah penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi.

Laporan ekonomi di Jepun pada jam 7.50 pagi hari ini menjadi tumpuan berikutan BOJ akan mengeluarkan bacaan Indeks Pembuatan Besar Tankan Jepun Q1 yang memaparkan keadaan semasa perniagaan syarikat besar dalam sektor pembuatan di Jepun bagi suku tahun pertama (Q1) 2018.

Indeks Tankan sektor pembuatan dilakukan berdasarkan tinjauan daripada 1,200 syarikat besar di Jepun dan bacaan dijangka kekal pada paras 25 mata.

Manakala Indeks Tankan Q1 bagi sektor bukan pembuatan pula dijangka sedikit meningkat kepada 24 berbanding 23 pada suku tahun sebelumnya.

Kemudian, pada jam 10.00 malam, Amerika akan mengeluarkan bacaan indeks PMI ISM bagi bulan Mac.

Data sektor pembuatan kecil ini merupakan salah satu indikator penting yang dapat memberi petunjuk kepada laporan NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Bacaan indeks bagi bulan Mac dijangka meningkat ke paras 60.1, sedikit rendah berbanding bacaan 60.8 pada bulan sebelumnya.

Dua pasaran utama, Eropah dan UK ditutup pada hari ini sempena sambutan hari Easter.

The post Preview News Penting Buat USD & JPY: 02/04/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!