Data Makro Zon Eropah

EUR/USD akan mejadi tumpuan utama dengan bacaan pertumbuhan ekonomi (GDP) suku tahun keempat Zon Eropah yang dikeluarkan pada jam 6.00 petang hari Selasa akan menunjukkan peningkatan.

Pasaran menjangkakan pertumbuhan (tahun ke tahun) bergerak lebih pantas pada suku tahun terakhir 2017, naik ke paras 2.7%, lebih tinggi berbanding bacaan 2.6% pada suku tahun sebelumnya.

Data ini dikeluarkan selepas Euro jatuh berbanding dolar didorong oleh komen ahli bank pusat Eropah (ECB), Klass Knot yang mencadangkan pelonggaran kuantitatif ECB ditamatkan pada kadar yang segera.

EUR/USD kini didagang sekitar paras 1.2373, susut -0.40%

Data Keyakinan Pengguna

Keyakinan Pengguna Conference Board (CB) berada di paras yang baik dengan bacaan 122.1 mata pada bulan Disember, lebih rendah berbanding jangkaan namun tetap mengekalkan paras keyakinan yang tinggi.

Data jangkaan pengguna bagi bulan Januari yang dikeluarkan oleh Universiti Michigan jatuh lebih rendah berbanding ramalam, oleh itu ukuran keyakinan CB juga dijangka akan menyusut.

Walau bagaimanapun, pasaran meramalkan peningkatan 123.1 pada laporan bulan CB kali ini.

The post Preview News Penting Untuk EUR & USD: 30/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!