Dolar Kanada atau loonie (CAD) masih kukuh dengan sokongan indikator ekonomi yang positif serta paras harga minyak yang semakin meningkat. Namun begitu, kebimbangan pasaran terhadap perkembangan NAFTA menjadi faktor yang menghalang loonie untuk kekal di atas berbanding kesemua matawang lain.

Hari ini, loonie akan berhadapan dengan penetapan dasar kewangan bank pusat Kanada untuk kali pertama pada tahun 2018. Berdasarkan tinjauan, 90% meramalkan pengumuman rate hike kepada 25 mata asas oleh Poloz buat kali ketiga kepada 1.25% dalam pertemuan kali ini.

Direktor Strategi Forex daripada BK Asset Management, Kathy Lien mengenengahkan tiga situasi yang dijangka akan berlaku pada pengumuman kali ini.

1) Kadar Faedah dinaikkan 25 mata asas, namun BOC kekalkan pandangan mereka dengan mengatakan bahawa rate hike seterusnya masih bergantung kepada data-data ekonomi yang baru.

2) Kadar Faedah dikekalkan tetapi BOC tetap mengakui peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi dan mungkin akan mencadangkan pengetatan dasar dalam mesyuarat bulan Mac.

3) Kadar Faedah dinaikkan 25 mata asas dengan memberi tanda-tanda yang lebih jelas terhadap rate hike seterusnya.

Situasi (1) dan (2) merupakan pilihan utama dan reaksi pasaran adalah berbeza mengikut keputusan BOC. Jika kadar dinaikkan (1), USD/CAD berpotensi memecahkan support 1.24 dan akan bergerak ke arah 1.2350, kemudian harga akan kembali pulih ke paras 1.24.

Namun sekiranya BOC kekalkan kadar faedah dan menyatakan kesediaan untuk rate hike pada bulan Mac, USD/CAD mampu melonjak ke paras 1.25 kemudian berundur secara agresif. Kathy mengatakan bahawa “Sekiranya nada yang lebih hawkish dikeluarkan, USD/CAD mampu susut ke paras 1,23”.

Walau bagaimanapun, badan pengkaji daripada Nomura skeptikal dengan keputusan tersebut dengan berkata, “Kami menjangka BOC akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat hari ini. Namun kami melihat risiko ketika ini masih seimbang berbanding harga pasaran, dan dengan jangkaan rate hike yang semakin tinggi, hal ini mungkin tidak akan menolak USD/CAD ke paras yang lebih rendah.”

The post Preview Penetapan Dasar Kewangan BOC Malam Ini appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!