Khamis, harga emas dunia mencatatkan kejatuhan menghampiri paras terendah dalam masa enam ( 6 ) bulan selepas Dolar Amerika Syarikat semakin mengukuh apabila Ketua Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengesahkan prospek untuk meningkatkan kadar faedah yang lebih tinggi di Amerika Syarikat.

Pada jam 0113 AM ET ( 0513 GMT ) Niagaan hadapan emas Comex untuk penghantaran Ogos yang didagangkan di New York Mercantile Exchange mencatatkan penurunan $ 7.1 bersamaan 0.56% untuk didagangkan pada harga $ 1267.40 per troy auns

Indeks dolar Amerika Syarikat yang membandingkan dolar Amerika Syarikat dengan enam ( 6 ) matawang utama dunia mencatatkan perningkatan 0.15% untuk didagangkan pada nilai 94.92

Aset yang didagangkan dalam denominasi USD seperti emas amat sensetif kepada pergerakkan dolar yang akan menyebabkan logam berharga tersebut lebih mahal untuk pemegang matawang asing lain sekaligus mengurangkan permintaan terhadap logam berharga tersebut.

Pada hari Rabu, Pengerusi Rizab Persekutuan  ( FED ) Jerome Powell, menyatakan bahawa bank pusat Amerika Syarikat harus meneruskan perningkatan kadar yang pantas secara beransur-ansur. Di dalam pertemuan Bersama ketua bank pusat di Portugal itu beliau juga menambah bahawa ketegangan perdagangan boleh menyebabkan krisis kepada ekonomi dunia.

The post Prospek Kenaikkan Kadar Terus Memberi Tekanan Kepada Harga Emas. appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!