New Low untuk 6 minggu tetapi diakhiri dengan CSR Bullish Engulfing di TF D1

DXY seakan membentuk CSP Pinbar di W1 minggu lepas. Tetapi jika diperhalusi, Jumaat minggu lepas diakhiri dengan CSR Bullish Engulfing. Ini membayangkan bahawa DXY masih lagi mematuhi Ascending Channel sejak 29/05/2018 seperti yang digambarkan dalam rajah. Jika DXY mematuhi CSR di D1 Jumaat lepas, SBR yang mungkin diuji adalah, 95.44, 96.02, dan 95.85. Pengamatan semula di W1 mendapati petunjuk bahawa divergence di W1 masih kekal kukuh selagi tiada harga DXY New High 2018 yang lain. RBS terdekat jika DXY membuat pembetulan pasaran ke bawah adalah 94.32, 93.87 dan 93.44. Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan pada mana-mana harga terendah selagi harga terendah minggu lepas tidak dipecahkan.

 

EURUSD masih mematuhi Trendline daripada Low 2017

Aksi Bullish EURUSD dilihat terhenti pada Trendline yang dibuat sejak Low 2017. Di TF D1 juga EURUSD ada membentuk CSR Bearish Engulfing Jumaat lepas. Dengan Divergence di W1 yang masih kekal kukuh (boleh rujuk ulasan minggu EURUSD minggu lepas di http://www.ctc.fm/eurusd-ulasan-minggu-lalu-dan-pandangan-10-09-14-09-2018/). Jika minggu depan ianya mematuhi CSR Bearish Engulfing yang terbentuk Jumaat lepas, RBS seterusnya yang mungkin diuji adalah 1.15730, 1.15080 dan 1.13940. Jika EURUSD mahu meneruskan perjalanan ke harga lebih tinggi SBR terdekat adalah di 1.17220, 1.17915 dan 1.18520. Harus diperhatikan Trendline yang digambarkan dalam rajah yang mungkin menentukan pergerakan seterusnya bagi EURUSD. Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan selagi harga tertinggi minggu lepas kekal.

 

GBPUSD mungkin bergerak di Ascending Channel baru

GBPUSD mengakhiri pasaran minggu lepas dengan pembentukan CSR Dark Cloud Cover. Ini merupakan salah 1 CSR yang agak kukuh memberi petunjuk pembalikan harga dalam pasaran. Pemerhatian lanjut di TF D1, menunjukkan GBPUSD mungkin kini bergerak dalam Ascending Channel seperti dalam rajah. Channel ini boleh digunakan dalam penentuan trend dalam jarak dekat. Jika GBPUSD mematuhi CSR Dark Cloud Cover Jumaat lepas, RBS yang mungkin diuji munggu depan adalah di 1.13270, 1.29610 dan 1.28960. Pergerakan ke atas mempunyai kebarangkalian tinggi untuk meguji SBR di 1.31430, 1.32135 dan 1.32690. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan selagi High minggu lepas kekal.

 

AUDUSD tidak berjaya Break High 2 minggu lalu. Bakal terjun semula membuat New Low 2018?

Pengukuhan sejak Isnin minggu lepas dimatikan dengan CSR Bearish Engulfing pada hari Jumaat. CSR ini mungkin membayangkan AUDUSD akan terus menyusut lagi minggu hadapan. Jika diperhalisu lagi, harga high minggu lepas telah membuat Rejection  pada 1 Trendline seperti yang wujud dalam rajah di bawah. Sebarang penyusutan lanjut minggu depan mungkin singgah di RBS 0.71440, 0.71293, dan 0.70986. Manakala jika ianya pembuat pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi, SBR terdekat adalah di 0.71758, 0.72015, dan 0.72188. Cadangan minggu depan? Jualan dalam dagangan selagi harga tertinggi minggu lepas masih kekal.

 

USDJPY mematuhi Ascending Channel?

USDJPY membentuk 1 CS Mother Candle di W1 minggu lepas. Semakan di TF D1, menunjukkan pembentukan CSR Bullish Engulfing pada Khamis telah membuatkan USDJPY terus mengukuh hingga akhir dagangan Jumaat. Pemantauan lanjut di TF D1 juga ada memungkinkan USDJPY kini bergerak di Ascending Channel seperti dalam rajah di bawah. Jika USDJPY terus mengukuh minggu depan, SBR yang mungkin diuji adalah di 112.115, 112.470 dan 112.815. Jika ia memilih untuk melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, RBS terdekat adalah di 111.760, 111.250 dan 110.702. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan apabila USDJPY melakukan pembetulan pasaran untuk menuju harga yang lebih tinggi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam…

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

 

 

 

 

The post Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 17/09-21/09/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!