Perkembangan sektor pembuatan Zon Eropah kekal di paras yang sama pada bulan Mac didorong oleh optimis dan permintaan yang semakin berkurangan.

IHS telah melaporkan penyusutan pada bacaan akhir indeks PMI bagi bulan Mac, selari dengan bacaan awal yang mana indeks telah jatuh daripada ke paras terendah 8 bulan lalu daripada 58.6 mata (Februari) kepada 56.6

Walau bagaimanapun, output pembuatan masih berkembang dengan pesat pada setiap blok utama Eropah seperti Jerman, Sepanyol dan Itali, disokong oleh rekod pertumbuhan perkilangan yang kukuh pada tahun 2017.

Oleh itu, kadar pergerakan yang lebih perlahan dilihat tidak memberi kesan kepada keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mula keluar daripada pelonggaran dasar di masa hadapan.

Indeks PMI Pembuatan UK bulan Mac pula naik ke paras 55.1, melepasi ramalan yang melihat peningkatan sekitar 54.5.

Namun begitu, secara keseluruhannya penurunan pada bacaan yang dikaji semula bagi bulan Januari (55.3) dan Februari (55.0) menunjukkan kadar pertumbuhan sektor ini begerak lebih perlahan untuk suku tahun pertama tahun 2018.

Selain itu, kadar tempahan baru dan pekerjaan yang rendah turut memberi tekanan kepada sektor ini walaupun data terkini menunjukkan perkembangan yang positif.

The post Sektor Pembuatan Zon Eropah & UK Bergerak Perlahan Pada Suku Tahun Pertama 2018. appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!