Dolar telah naik dan stabil di paras tertinggi mingguan berbanding matawang lain pada hari Selasa dengan pasaran akan meneliti laporan ekonomi AS yang akan dikeluarkan malam ini.

Laporan Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) bakal dikeluarkan pada jam 10 malam dan akan menambahkan lagi maklumat yang di perlukan oleh para pelabur dalam menilai keadaan pasaran buruh di Amerika Syarikat.

Laporan ini dikeluarkan selepas Amerika membentangkan laporan NFP pada hari Jumaat yang lalu dengan bacaan yang lebih rendah berbanding jangkaan, namun secara keseluruhan masih menunjukkan pertumbuhan pasaran buruh yang stabil.

Tambahan pula, Pengerusi Fed, Janet Yellen turut menitik beratkan bacaan JOLTS dalam menilai keadaan semasa pasaran buruh. Bacaan fundamental yang kuat akan memberi galakan kepada bank pusat untuk meneruskan pengetatan dasar kewangan secara beransur-ansur seperti yang dirancang walaupun inflasi masih berada di bawah sasaran 2%.

Pada jam 8.15 malam, Indeks USD yang mengukur kekuatan greenabck berbanding enam matawang lain naik 0.20% kepada 92.26

The post Sentimen USD Semakin Pulih Menjelang Laporan JOLTS appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!