Yen pada awal bulan Januari lalu telah mula mengukuh, didorong oleh pengumuman BOJ untuk menggurangkan pembelian bon kerajaan jangka masa panjang sehingga meningkatkan spekulasi bahawa mereka akan mula mengetatkan dasar kewangan pada awal suku tahun 2018.

Namun begitu, pengukuhan Yen terhenti pada hari Selasa selepas BOJ mengekalkan kadar faedah di paras -0.10% dan unjuran pertumbuhan ekonomi mereka. Selain itu, komen yang dikeluarkan oleh ketua bank pusat Jepun turut menamatkan spekulasi yang mengatakan bahawa BOJ akan mula mengikuti bank-bank pusat yang lain untuk mengurangkan ransangan dasar mereka.

Walaupun BOJ menukar pandangan inflasi daripada lemah kepada mendatar, namun risiko harga masih dilihat bergerak ke bawah. Namun hal ini telah menyebabkan pembelian Yen untuk tempoh yang singkat selepas kadar faedah diumumkan.

Pada sidang media hari ini, gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda menegaskan komitment beliau terhadap pelonggaran dasar sedia ada, dan mengatakan masih terdapat ruang untuk inflasi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kenyataan tersebut telah melemahkan Yen berbanding dolar dengan USD/JPY naik 0.08% kepada harga 111.00 setakat jam 4.30 petang, keluar daripada paras terendah 4-bulan lalu sekitar 110.54.

Penganalisis Forex daripada Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ, Minori Uchida berkata, “Saya tidak melihat pengumuman pada hari ini menunjukkan sebarang perubahan pada pendirian BOJ.”

Tambah beliau, “Namun pergerakan harga (price action) selari dengan jangkaan bahawa BOJ akan mula mengubah dasar kewangan mereka di masa hadapan”.

 

The post Spekulasi BOJ Tamat Tanpa Perubahan, Beri Peluang USD Bernafas appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!