Euro salah satu matawang yang meningkat paling tinggi pada hari Khamis, didorong oleh kebimbangan pasaran bahawa Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi akan cuba menurunkan nilai Euro menerusi kenyataan rasmi di dalam sidang media beberapa jam selepas kadar faedah ECB ditetapkan semalam.

Walaupun ECB tidak senang dengan nilai Euro yang tinggi, namun Draghi gagal untuk memberi penjelasan yang baik apabila menyebut ekonomi Eropah sedang berkembang pesat sehingga membawa kepada jangkaan pertumbuhan yang lebih positif dan peningkatan inflasi teras dalam tempoh sederhana.

Kenyataan beliau telah menyebabkan Euro meroket naik berbanding kesemua matawang yang lain. Draghi tidak dapat mematahkan komen Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin yang telah menyebabkan kejatuhan berterusan USD sehingga kadar pertukaran EUR/USD melonjak ke paras tertinggi sejak Disember 2014 lalu sekitar harga 1.2538.

Namun begitu, kenyataan Presiden Trump dalam sesi wawancara bersama CNBC berjaya menyelamatkan Draghi dan juga USD daripada terus ditekan apabila menjelaskan bahawa dolar akan mengukuh dan menjadi lebih kuat. Beliau ingin melihat “stronger dollar” dan menepis komen Setiausaha Perbendaharaan yang mengatakan “dolar lemah adalah baik untuk Amerika”.

EUR/USD kini didagang sekitar 1.2388, susut lebih 150 pips daripada paras tertinggi yang dicapai pada hari Khamis lalu.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain stabil di paras 89.19, meningkat 0.20%.

Penjualan dollar berjalan untuk tempoh yang lama sebelum tamat sesi dagangan AS pada hari Khamis semalam. Dan pasaran masih mencari petunjuk-petunjuk untuk terus menjual dollar, oleh itu lonjakan semula nilai USD adalah terhad dan pembetulan harga adalah sesuatu yang bersifat natural.

Apakah masih terdapat peluang untuk menjual semula USD?

Jika kita melihat kepada pergerakan semasa, pembelian semula USD adalah satu bentuk pembetulan harga dan belum cukup kuat untuk mengubah trend.

Walau bagaimanapun, pasaran akan terus meneliti apakah kenyataan Trump akan menjadi ‘turning point‘ kepada dollar yang masih di dalam pasaran ‘bear‘.

The post Ucapan Trump Selamatkan Draghi & USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!