Greenback hanya menunjukkan reaksi yang kecil walaupun laporan tuntutan insurans pengangguran AS jatuh ke paras terendah 45 tahun yang lalu sebanyak 220 ribu, 30 ribu lebih rendah berbanding jangkaan pasaran. Jabatan buruh AS mengatakan bahawa sebahagian data daripada beberapa negeri terpaksa dihitung menggunakan anggaran berikutan cuti umum dan cuaca sejuk.

Pada masa yang sama, angka rumah yang baru siap dibina (housing start) pula jatuh mendadak pada bulan Disember kepada 1.192 juta unit dan permit pembinaan turut susut ke paras -0.1%

Aktiviti sektor pembuatan di kawasan Philadelphia pula bergerak lebih perlahan di bulan Januari, ke paras terendah 5 bulan yang lalu.

Secara keseluruhannya, kesemua laporan yang dikeluarkan hari ini tidak memihak kepada Amerika Syarikat sehingga indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matwang lain jatuh -0.44% kepada 90.25 setakat jam 11.10 malam.

Selain itu, faktor yang menekan sentimen USD adalah pengukuhan matawang Euro yang didorong oleh jangkaan bahawa bank pusat Eropah (ECB) akan mula mengurangkan program ransangan pembelian bon mereka.

Kesimpulannya, dolar terkubur di awal sesi dagangan AS hari Khamis berikutan perhatian pasaran ketika ini tertumpu kepada jangkaan bahawa pemulihan ekonomi global akan menandingi pertumbuhan ekonomi AS sehingga menyebabkan bank-bank pusat utama mula mengambil tindakan untuk mengetatkan dasar mereka pada kadar yang lebih cepat.

The post US Dollar Terkubur Di Awal Sesi Dagangan AS appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!