Presiden AS, Donal Trump telah mengesahkan bahawa pengulas televisyen dan penganalsis ekonomi, Larry Kudlow akan menggantikan Gary Cohn sebagai penasihat ekonomi utama White House.

Kudlow sebagai salah seorang yang menyokong dagangan bebas menegaskan bahawa kesilapan bermula daripada China apabila mereka mengenakan peraturan ke atas perdagangan antarabangsa sehingga mendapat reaksi yang negatif oleh negara yang lain.

“Sambutan yang buruk terhadap China bukan sahaja daripada Amerika Syarikat”, jelas beliau kepada CNBC.

Pendirian tegas Kudlow walau bagaimanapun tidak dapat mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap potensi akan berlakunya perang perdagangan di peringkat global.

Saham AS jatuh mendadak, merekodkan penyusutan selama 3 hari berturut-turut selepas kerajaan AS mengatakan bahawa mereka akan meningkatkan usaha untuk mengurangkan defisit perdagangan antara China yang berjumlah $ 100 billion.

Para pedangang bimbang jika sekatan perdagangan dilaksanakan, perang perdangangan yang menjadi buah mulut ketika ini akan menjadi kenyataan dan perkara ini dilihat hanya akan menjejaskan ekonomi kedua-dua negara tersebut.

Tekanan daripada isu perdagangan ini telah melemahkan dollar dan meningkatkan permintaan matawang safe haven seperti Yen.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback menyusut 0.12% kepada 89.64 dengan USD/JPY susut 0.31% ke paras 105.98

Berikut merupakan perubahan matawang utama yang lain berbanding Yen pada jam 1.00 petang:

The post US vs China: Potensi Perang Perdagangan Di Paras Yang Membimbangkan appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!