Dolar AS mengukuhkan kedudukannya berbanding matawang negara-negara G10 yang lain sejak minggu lalu apabila data Jualan Runcit meningkat kepada 0.6% paras tertinggi pada tahun ini. Kekuatan USD ini juga didorong oleh laporan Permit Bangunan yang baik pada minggu lepas.

Apa yang menjadi faktor utama pengukuhan USD ini adalah kenaikan “yield” bon AS 10-tahun sehingga ke paras 2.996% tertinggi sejak tahun 2014 dan 2.48% bagi bon 2-tahun tertinggi sejak tahun 2008. Optimis terhadap kemungkinan Fed menaikkan kadar faedah, mendorong kenaikan “yield” bon-bon AS ini, secara langsung memacu naik USD.

Kadar pulangan atau “yield” bon 10-tahun mampu untuk meningkat melebihi paras ‘psychology’ 3.00% jika laporan KDNK AS pada Jumaat nanti mampu memberikan data yang baik melebihi jangkaan 2.3%. Namun jika sebaliknya, kenaikan USD ini mungkin akan terhenti seketika dan bakal menimbulkan persoalan hebat terhadap polisi semasa perdagangan antarabangsa Trump.

“Perang Perdagangan” antara AS dan China seakan sudah reda dan ketegangan geopolitik juga semakin tenang sekurang-kurangnya buat sementara menjadikan pelabur bertukar arah kepada “risk-on” dan mula melepaskan pegangan aset selamat atau “safe haven” mereka seperti Emas dan Yen.

The post USD Kukuh Antara Matawang G10 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!