Dollar meningkat pada sesi Eropah hari Rabu, namun peningkatan ini akan terus diteliti oleh para pelabur menjelang laporan jualan runcit dan harga jualan borong (PPI) pada malam ini.

Isu perang perang perdangan yang semakin hangat serta pemecatan Setiausaha AS, Rex Tillerson telah menyebabkan ketidaktentuan politk di Amerika Syarikat, menekan sentimen dollar sepanjang pasaran yang lalu.

Presiden AS, Donald Trump telah mengeruhkan lagi isu perang perdagangan apabila memperkenalkan tarif ke atas barangan import daripada China yang berjumlah hampir $ 60 billion dan mensasarkan sektor teknologi informasi dan telekomunikasi.

Penambahan tariff AS dilihat sebagai ancaman oleh rakan dagang mereka, sekali gus meningkatan kebimbangan pedagang untuk melabur ke dalam aset-aset berisiko berikutan situasi potensi perang perdagangan global yang kian memuncak.

Selain itu, Trump turut memecat Setiauasaha AS, Rex Tillerson kerana berbeza pandangan tentang tindakan yang perlu diambil untuk menangani isu nuklear di Iran.

Saham-saham ekuiti terus merekodkan penyusutan dan para pelabur kini akan memberi tumpuan penuh kepada dua laporan ekonomi penting AS (Indeks PPI & Jualan Runcit) bagi mendapatkan sentimen dan arah pergerakan dollar yang lebih jelas

Kedua-dua laporan ini yang menjadi indikator penting kepada Fed untuk mengukur perkembangan semasa inflasi dan ekonomi AS menjelang mesyuarat dasar kewangan minggu hadapan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.10% kepada 89.79 setakat jam 6.30 petang.

The post USD Menanti Dua Data Inflasi Untuk Kekal Bullish Atau Kembali Bearish appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!