Harga minyak mentah naik mendadak berikutan data bekalan minyak domestik AS melaporkan kejatuhan untuk 10 minggu berturut-turut sehingga berjaya mengalihkan perhatian para pelabur terhadap pengeluaran minyak AS akan meningkat hampir 10 juta tong sehari (bdp) minggu ini.

Pasarn hadapan minyak WTI di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bagi bulan Mac naik 2.19% kepada $ 65.88 per tong, manakala Brent di London Intercontinental Exchange (ICE) pula meningkat 1.04% kepada $ 70.74 per tong.

Menurut laporan EIA, data bekalan minyak rasmi AS pada minggu lepas jatuh 1.071 juta tong, mengatasi jangkaan yang meramalkan kejatuhan sekitar 1 juta tong.

Bekalan gasolin yang merupakan salah satu produk penapisan minyak meningkat 3.1 juta tong, turut melebih jangkaan yang melihat peningkatan sebanyak 2.49 juta tong. Bekalan bahan sulingan seperti diesel dan minyak masak pula naik sebanyak 639 ribu tong, mengatasi jangkaan yang melihat penyusutan 1.471 juta tong.

Laporan rasmi EIA yang menunjukkan penurunan bekalan minyak mentah selama 10 minggu berturut-turut telah memberi kejutan kepada pasaran berikutan data bekalan American Petroleum Report (API) yang dikeluarkan sehari sebelum bacaan EIA, menunjukkan peningkatan sebanyak 4.8 juta tong. Selain itu, dolar yang lemah turut menjadi faktor penyokong kepada pengukuhan harga pasaran minyak.

Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak domestik AS yang menjadi kebimbangan pasaran turut meningkat menghampiri rekod 10 juta tong sehari dan menurut laporan rasmi oleh EIA, pengeluaran pada minggu lepas telah naik ke paras 9.9 bdp.

Menteri tenaga Rusia dan Saudi, Alexander Novak dan Khalid Falih berkata pasaran terlalu menumpukan kepada perubahan pengeluaran minyak shale AS yang mana hanya mewakili sebahagian kecil daripada pengeluaran minyak dunia.

The post WTI Berharga $ 65 Untuk Pertama Kali Sejak Disember 2014 Lalu appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!