USD/JPY sedikit menyusut pada sesi dagangan hari Isnin, didagang sekitar 106.67, susut 0.11% berikutan risk appetite pelabur kini beralih arah, mengurangkan permintaan Yen serta mengukuhkan semula pasaran ekuiti.

Dengan data-data penting Jepun dan ucapan pertama Jerome Powell sebagai pengerusi Fed yang baru pada hari esok, pasaran Asia dijangka akan memberi lebih banyak panduan berkenaan arah pergerakan pertukaran matawang.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berjaya memecahkan semula paras 90.0 pada minggu lalu didorong oleh data inflasi dan pekerjaan yang memberansangkan serta minit mesyuarat FOMC yang hawkish.

Namun begitu, indeks berundur semula dan tutup sekitar paras 89.67 pada miggu lalu, susut 0.19% sepanjang minggu lepas.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada perkembangan dasar kewangan AS dengan Powell dijadualkan untuk memberi keterangan berkenaan ekonomi dan dasar di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan pada hari Selasa jam 11.00 malam, kemudian di hadapan Jawatankuasa Bank Senat pada hari Khamis.

Belia dijangka akan memberi petunjuk-petunjuk utama yang menjadi kunci kepada pertemuan FOMC dan keputusan dasar pada bulan Mac hadapan.

The post Yen Berundur, Ucapan Powell Sebagai Pengerusi Fed Fokus Utama appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!