Suku tahun pertama 2018 hampir melabuhkan tirainya dengan penutupan pasaran-pasaran utama seperti di UK, Jerman, Kanada dan AS sempena perayaan Good Friday.

Matawang Yen Jepun merekodkan peningkatan paling tinggi pada suku tahun pertama, berjaya mengatasi hampir kesemua matawang utama yang lain dengan merekodkan peningkatan sebanyak 5% berbanding dollar.

Angka tersebut walaubagaimanapun tidak dapat menandingi matawang Aussie dan Loonie berbanding Yen apabila kedua-duanya (AUD/JPY dan CAD/JPY) ditekan jatuh ke paras terendah, susut 7% sejak tiga bulan yang lalu.

Kejatuhan telah bermula pada bulan Januari dan lebih cepat apabila masuk bulan kedua dimana saham-saham AS yang berada di paras tertinggi mula merekodkan penurunan mendadak.

Pelbagai isu yang boleh dibangkitkan sepanjang tiga bulan pertama 2018, namun apa yang paling memberi kesan kepada matawang adalah tamatnya ‘bullish’ di dalam pasaran saham.

Walaupun saham merudum sejak bulan Februari, namun hal ini tidak meningkatkan aliran modal pelabur dalam bentuk USD. Akan tetapi para pelabur mula membeli euro dan sterling berikutan ketidaktentuan pada dasar-dasar AS.

AUD dan CAD sebagai matawang komodiiti merekodkan prestasi yang terburuk dengan loonie ditekan oleh kebimbangan rundingan NAFTA dan juga kenyataan dovish yang dikeluarkan oleh bank pusat Kanada (BOC).

Manakala Aussie pula jatuh disebabkan risk aversion dan tekanan akibat risiko perang peradagangan antara AS dan China yang semakin meningkat.

The post Yen Paparkan Prestasi Terbaik Untuk Suku Tahun Pertama 2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!